SimPle Gift of joY aRe liFe's speCiAl mEmoRieS...So maNy forGotteN daiLy TreasuRes..Is lIke SomeOne wHo Won'T reAd a Book....The CoVer is opEn AnD cLoSed wiThOut ThoUgh...

EntRy KhAs BuaT AdiK

ting togn...Assalamualaikum, siapa didalam,saya diluar. ade orang kew x??huhu...
starting tahun ni,asal cuti hujung minggu jew,msti dew aktiviti...
tp aktiviti ni bukan paksaan,tetepi aku yang merelakan diri, So ape pun yang berlaku,aku tidak bole salahkan mana-mana pihak.

Hujung minngu baru-baru ini,aku menawarkan diri untuk menjadi pemudah cara di Sg. Congkak, Hulu langat.Memudahkan cara adik-adik dari "SEKOLAH HICOM" Shah Alam. Program kali ini adalah program yang berunsurkan lain daripada yang aku perhan join sebelom ini.

Program 3 hari 2 malam yang diketuai oleh BRO HABIB dan aku hanya sekadar memBACK UP dia sahaja beserta 9 orang pemudah cara yang lain.Program kali ini,memberikan unsur kelainan kepada aku kerana ini adalah program outdoor yang pertama yang aku join dan adik-adik yang menyertai program ini adalah adik-adik yang diketegorikan sebagai "NAKAL CIKIT",CIKIT JEW...sebenarnya adik-adik ni baik,meraka juga mempunyai apa yang kita ada.Ada hati,ada mata,ada perasaan,ada potensi.Jadi,kita tidak layak unutk melabelkan meraka sebagai "JAHAT".Adik-adik ini ibarat kertas putih yang sudah di conteng.Sekarang tanggungjawab kami adalah untuk memutihkan kembali kertas itu,walaupun untuk 1/4 daripada kertas itu

Asas kepada program kami adalah kasih sayang, dan program kali ini, memberikan aku peluang untuk lebih menyanyangi dan disayangi.

Adik Syed Faizzua


Membetulkan balutan kakinya.

Adik ini adalah salah seorang peserta dalam program kali ini.Jika dilihatkan di atas,seperti saya dengan azri membalut sesuatu pada betisnya.Pada dasarnya,memang kita owng melalukan perkara itu,tetapi hanya membalutkan tape pada kakinya.

Malang dimana-mana sahaja, dalam keseronokan mengikuti program, dalam kegembiraan bersama rakan-rakan seperjuangan dan sebagainya.Tanpa disedari,sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

MALAM AHAD

Dalam perjalanan untuk naik ke dewan,tiba2 datang beberapa orang pelajar lalu menjerit kepada aku...."abang,ada orang berdarah"...aku terus panik....lari menuju dewan.Dilihatnya kaki adik itu berdarah.Pada mulanya,aku engat lukanya hanya luka biasa.Aku meminta kebenaran daripadanya untuk buka tualanya supaya aku dapat mencuci lukanya.

Alangkan terperanjatnya aku,apabila aku lihat lukanya sungguh dalam sehinggakan nampak isi. Lalu aku terus angkatnya menuju ke cikgu unutk dibawa kemana-mana klinik desa yang berhampiran.7 kali jahitan juga la.perghhhhhhhhhhhhhh.....

Habis jew diubati,aku membawanya pulang,dilayan sebagai raja.Tidurnya bersama barisan abang faci,makannya dan mandinya bersama aku.Kerana apa?? kerana ini adalah kesalahan dan kesilapan barisan abg feci kerana tercuai.

walaupun Adik ini dalam keadaan begitu,tetapi semangatnya kuat.Jungle tracking pada pagi ahad dijoinnya sekali.Kalo ikutkan dia bole berehat sahaja di bilik faci. Lantaran itu,aku diberi tanggungjawab untuk memilih peserta terbaik. Setelah berfikir dan berbingcang bersama barisan faci lelaki yang lain, kami bersetuju untuk memberikan adik ini hadiah sebagai "Adik Potensi Cemerlang"

Ukwah antara aku dengan adik ini,dah menjadi seperti abg dan adik kandung sendiri.

0 ulasan:

MenGhiTUng MaSa


JuSt enTerTaiNmEnt

My FolloWerS

WhaT's On YouR MinD??

Mai smbang2 kat cni....

Dah BanYAk MaNa??

Web Site Hit Counters

Nak MntAk ToloNg CkiT bLOh??

Tolong ingatkan saya
Andai saya terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan


Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan saya
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
Di mana islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan